Sunday 12 November 2017

Sambutan Jamuan Akhir Tahun Asrama 2017

Pada 7hb November 2017, Unit HEM, Sekolah kebangsaan padang keria telah mengadakan majlis akhir tahun asrama desa untuk tahun 2017, Majlis diadakan di Asrama Desa Sekolah dan Majlis bermula dari pukul 8.00 mlm berakhir dalam pukul 12.00 tengahmalam. Tetamu yang hadir diantara guru-guru skeluarga dan juga pelajar asrama.








Tuesday 10 October 2017

Lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur 2017

Pada 18hb September 2017, Unit HEM Sekolah Kebangsaan Padang Keria telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur, antara tempat-tempat yang di lawati seperti Kilang Roti GARDENIA, Wisma tv angkasapuri , Karangkraf , aquaria klcc dan banyak lagi. Tujuan lawatan ini adalah untuk pelajar dapat belajar sesuatu yang baik dan dapat meningkatan semangat pelajar untuk terus menuntut ilmu..













Tuesday 18 July 2017

Majlis Jamuan Hari Raya Asrama 2017

Pada 7hb Julai 2017, Asrama Sekolah Kebangsaan Padang Keria telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya, Majlis di adakan di dewan Abd Rahman Sk Padang Keria, Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Majlis berlansung seperti Nyanyian Lagu-lagu Raya yang disampaikan oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Keria dan juga persembahan Busana Aidilfitri. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu raya yang disampaikan oleh guru.