Bidang Tugas Asrama

BIDANG TUGAS PPM ASRAMA


• Bertanggungjawab dalam pembentukan perkembangan jasmani, emosi,   rohani dan intelek murid asrama.
• Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/murid-murid sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan di asrama.
• Membimbing/melatih/mengasuh kanak-kanak istimewa/murid-murid sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjaga kebersihan diri/alam sekitar.
• Melayan keperluan murid yang sakit atau bermasalah emosi.
• Mengawasi keselamatan murid.
• Menjadi pengantara dengan ibu bapa dan penjaga murid.
• Menghadiri dan mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat pengurusan asrama.
• Membantu  pelaksanaan program orientasi murid baru.
• Bertanggungjawab melaporkan kepada pihak pentadbir dan pengurusan asrama sebarang  perkara yang tidak teratur, tidak mencukupi dan  tidak sesuai di asrama.
• Menyemak dan memastikan keperluan diri murid asrama terurus.
• Menyediakan laporan/rekod kesihatan murid asrama.
• Membantu pelaksanaan aktiviti murid asrama.
• Memastikan pelaksanaan aktiviti berjalan mengikut jadual:
 Aktiviti Umum –  membantu melaksana dan memastikan murid mengambil bahagian  secara aktif  dalam aktiviti  seperti berikut:
 Perhimpunan Umum
 Gotong-royong
 Aktiviti sukan dan rekreasi
 Kelas Fardu Ain
 Pemeriksaan mengejut/“roll call”
 Sambutan Hari Kebesaran
 Latihan Kecemasan
 Lawatan Sambil Belajar
 Aktiviti Harian – Melaksana serta memastikan aktiviti harian dipatuhi
oleh semua murid.
• Melatih, mendidik dan memastikan murid ke sekolah mengikut masa yang ditetapkan.
 Hadir ke sekolah 15 minit sebelum waktu persekolahan rasmi bermula :
 Hari persekolahan harian
 Kelas bimbingan
 Persekolahan Gantian
 Aktiviti Sukan dan Permaianan / kokurikulum
 Majlis dan Upacara sekolah
 Membawa  bahan dan peralatan yang selengkapnya ke sekolah.
 Memaklumkan kepada guru kelas / pihak pentadbiran jika murid tidak dapat hadir    ke sekolah atas sebab-sebab kesihatan.
• Kelas Persediaan
 Membimbing dan membantu murid belajar selepas waktu persekolahan.
 Memastikan murid mempunyai masa rehat yang mencukupi sebelum masuk ke kelas persediaan.
 Membimbing dan memastikan murid asrama hadir ke kelas persediaan pada waktu yang ditetapkan.
 Membaca buku dan membuat kerja sekolah.
 Mematuhi disiplin belajar ketika berada di dalam kelas.
 Mengemas bahan dan peralatan yang digunakan sebelum meninggalkan bilik kelas persediaan.
• Waktu Solat
 Membimbing dan menentukan murid Islam bersuci dan bersembahyang lima waktu serta menguruskan kelas Al-Quran.
 Membersihkan diri  murid sebelum solat dan belajar Al-Quran.
 Memakai pakaian yang sesuai, lengkap dan bersih.
 Hadir ke surau untuk bersembahyang berjemaah sebelum azan.
 Hadir ke kelas Al-Quran selewat-lewatnya  5 minit sebelum kelas bermula.
 Mengambil wuduk sebelum solat / kelas Al-Quran.
 Tidak melakukan perkara yang dilarang ketika berada di surau/kelas al-Quran.
 Sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan surau/ kelas al-Quran.
* Bagi murid bukan Islam, masa ini dipenuhi dengan aktiviti yang boleh meningkatkan    kerohanian mengikut kesesuaian amalan dan kepercayaan agama mereka.
• Waktu Makan
Melayan, membimbing dan memastikan penghuni asrama mengamalkan cara-cara dan adab sopan ketika makan.
 Membasuh tangan dengan sabun sebelum memegang peralatan makan.
 Beratur ketika mengambil makanan.
 Mengambil makanan mengikut keperluan bagi mengelakkan pembaziran.
 Duduk dengan tenang dan sopan.
 Membaca doa sebelum makan.
 Tidak berbual secara keterlaluan dan bermain ketika makan.
 Membaca doa selepas makan.
 Meletakkan peralatan makan di tempat yang disediakan selepas makan.
 Membersikan tangan selepas makan.
 Keluar dari dewan makan dengan teratur.
• Waktu Masuk dan BangunTidur
 Melatih murid tidur pada masa yang ditetapkan.
 Melatih dan memastikan murid supaya membuang air dan membersih diri sebelum masuk tidur.
 Melatih murid supaya mengamalkan adab-adab tidur.
 Memastikan lampu ‘dormitori’ dipadamkan semasa waktu tidur.
 Memastikan murid membersih dan mengemas tempat tidur setiap masa seperti mengemas katil, melipat selimut bercadar dan bersarung bantal.
• Pemeriksaan kesihatan
 Melatih murid menjaga kebersihan,keceriaan dan keselamatan di asrama
 Menjaga kebersihan dormitri, tandas, persekitaran dan bilik-bilik khas
 Mempastikan tidak ada sampah di persekitaran asrama
 Bersama bertanggungjawab memelihara kesegaran tumbuhan
 Sentiasa menggunakan kasut ketika berjalan
• Pengurusan diri
 Membimbing murid asrama sentiasa memelihara kekemasan dan kebersihan diri
 Membimbing murid asrama menyesuaikan diri dengan rakan-rakan dalam
pergaulan
 Membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas dan teratur
 Membantu dan membimbing penghuni asrama mengurus pakaian – membersih dan mengemas pakaian pada setiap hari.
 Melatih dan membimbing murid mengemas diri dengan baik dan memakai pakaian dengan kemas dan teratur.
 Memakai pakaian dengan kemas dan teratur
 Menggunakan minyak rambut dan menyikat dengan rapi
 Memakai bedak yang dibenarkan
 Membasuh
 Menjemur
 Mengangkat
 Menggosok
 Menyimpan
• Riadah
 Melayan dan membimbing penghuni asrama ketika bermain di luar waktu persekolahan dan waktu kegiatan riadah
 Hadir ke padang dan bilik kegiatan pada waktu yang ditetapkan
 Memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan
 Bermain di kawasan padang atau ruang-ruang yang dibenarkan
 Menjaga keselamatan diri ketika bermain
 Tidak begaduh ketika bermain
• Pengurusan Disiplin
 Membimbing dan mengasuh murid asrama supaya sentiasa berakhlak, berdisiplin, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
 Menguatkuasakan peraturan pada setiap masa.
 Dalam pergaulan seharian
 Ketika makan
 Semasa menyertai kegiatan sukan dan rekreasi
 Ketika belajar
 Solat
• Kebersihan
 Membimbing,melatih, mengawasi dan memastikan penghuni asrama menjaga kebersihan dan keceriaan asrama.
 Dorm
 Persekitaran
 Dewan makan
 Bilik mandi dan tandas
 Bilik mencuci pakaian
 Kelas persediaan
 Bilik rawatan dan rehat
 Bilik-bilik khas

No comments:

Post a Comment